Banyak faktor mendorong kepada keputusan PRU-12. antara yang boleh dipertimbangkan oleh 'pucuk pimpinan' UMNO untuk mengubati keadaan adalah seperti berikut:-
1. Rakyat bosan dengan propaganda pembangunan seperti koridor sana-sini. semuanya dilihat seperti program atas kertas untuk kempen pilihanraya. Sedangkan rakyat merasai keperitan hisup kesan kenaikan harga minyak. Bila minyak naik, semua yang lain pun naik.
2. Rakyat tidak nampak apa itu 'Islam Hadari' walaupun seringkali dilaungkan ke seluruh pelusuk bumi Malaysia.
3. Keangkuhan pemimpin UMNO dalam berkempen.
4. Penolakan usahawan/korporat UMNO terhadap individu tertentu atas alasan monopoli.
5. Pemilihan calon dimana masih ada calon berekod buruk / mewarisi rekod buruk masih di calonkan.
6. Peranan media seumpama 'sokong membawa rebah' apabila terlalu taksub dengan sebelah pihak menyebabkan rakyat muak.
7. UMNO over confident dengan status quo..
8. Peranan sumber maklumat alternatif seperti internet dan sms.
9. Persoalan rakyat tidak dijawab dengan baik.
10. Hal-hal semasa berkenaan isu perundangan negara.
11. Gaya kepimpinan UMNO yang lemah.
12. Peranan bekas pemimpin terdahulu.
Dengan menilai faktor-faktor ini, UMNO mampu mengenalpasti punca penolakan UMNO oleh orang Melayu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment