tergaman, terpegun.. sukar untuk menerima keputusan PRU 12. menang sorak kampung tergadai...
apa yang saya lihat setiap pengundi melihat satu undi yang diberikan tidak akan membawa erti untuk merubah kepimpinan, namun lihatlah apabila ramai rakyat malaysia berpendirian yang sama. Kedah, Perak, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur ditawan manakala Kelantan terus kempunan hasil 'Pade doh'. Nyawa-nyawa ikan di Negeri Sembilan. Mujurlah ada Sabah dan Sarawak. Penduduknya belum terdedah dengan sumber-sumber maklumat alternatif. kesemuanya undi protes. bukan atas kekuatan pembangkang tetapi kelemahan UMNO sendiri. di mana-mana kedai kopi kedengaran ahli UMNO sendiri yang menentang parti mereka.
Kesedihan atas apa yang berlaku memang tidak dapat dinyatakan. bangsa sendiri menjadi semakin asing di bumi bertuah ini. Mujurlah ada benteng terakhir menyelamatkan keadaan, Tuanku Raja/Sultan.
Sedarlah wahai pemimpin UMNO. Ingatlah anak cucu yang akan mewarisi bumi bertuah Malaysia. Bagaimanakah Malaysia untuk mereka warisi? Sebelum terlewat...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment