Tuesday, April 8, 2008

Ini adalah petikan yang dihantar kepada dr. Khir toyo dan telah disiarkan.

Assalamualaikum DSKT, berita yang langsung tidak mengejutkan saya.

Khairy paling layak isi jawatan Ketua Pemuda Umno, kata Jamlus

Dipetik dari MSTAR.com08-04-2008 02:41:39 PM

SEREMBAN: Ketua Pemuda Umno Negeri Sembilan Datuk Jamlus Aziz berkata calon yang paling layak untuk mengisi jawatan Ketua Pemuda Umno yang akan dikosongkan oleh Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ialah Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin. Beliau berkata ini sudah semestinya kerana mengikut proses haraki parti, Khairy adalah orang nombor dua selepas Hishammuddin dan apabila Hishammuddin mengumumkan keputusan tidak mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti Disember depan maka calon paling layak mengisi kekosongan itu ialah Khairy. "Kita akan rugi jika kita tidak memilih Khairy sebagai Ketua Pemuda Umno kerana kita telah gilap beliau untuk memimpin Pemuda Umno selama ini. Selain taat setianya kepada parti, Khairy diakui mempunyai kebolehan dan berkemampuan. "Ini terbukti kerana beliau banyak membantu Hishammuddin dan aktif dalam Pemuda Umno serta pengorbanannya, terutama pada tiga pilihan raya kecil tahun lepas di mana Barisan Nasional (BN) mencapai kemenangan yang begitu menyerlah sekali," katanya kepada Bernama di sini, hari ini. Khairy yang juga anggota Parlimen Rembau adalah Ketua Pemuda Umno Bahagian Rembau. Jamlus berkata walaupun terpaksa menerima banyak kritikan daripada pelbagai pihak namun Khairy diakui mempunyai pengalaman luas sebagai pemimpin. "Saya akan meminta Khairy supaya menawarkan diri untuk bertanding jawatan itu. Saya juga akan meminta Pemuda Umno negeri lain supaya memberikan sokongan kepada Khairy," katanya. Jumaat lepas, Khairy berkata beliau menyerahkan kepada anggota akar umbi untuk menentukan sama ada beliau bertanding jawatan ketua pergerakan itu. Setakat ini dua orang yang telah pun mengesahkan secara terbuka kesediaan bertanding merebut kerusi itu ialah Exco Pemuda Umno Datuk Mukhriz Mahathir dan anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo. BERNAMA

Saya tak faham, kenapa Ketua Pemuda Umno Negeri Sembilan Datuk Jamlus Aziz masih tak sedar-sedar diri. Semua ahli menolak KJ kecuali pemuda UMNO Rembau je yang sokong KJ. Sokongan ni sememangnya ada muslihat. andaikata KJ menangla kononnya, dah tentu Jamlus Aziz boleh jadi orang kuat KJ. Politiklah katakan.