Ini adalah petikan yang dihantar kepada dr. Khir toyo dan telah disiarkan.
Assalamualaikum DSKT, berita yang langsung tidak mengejutkan saya.
Khairy paling layak isi jawatan Ketua Pemuda Umno, kata Jamlus
Dipetik dari MSTAR.com08-04-2008 02:41:39 PM
SEREMBAN: Ketua Pemuda Umno Negeri Sembilan Datuk Jamlus Aziz berkata calon yang paling layak untuk mengisi jawatan Ketua Pemuda Umno yang akan dikosongkan oleh Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ialah Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin. Beliau berkata ini sudah semestinya kerana mengikut proses haraki parti, Khairy adalah orang nombor dua selepas Hishammuddin dan apabila Hishammuddin mengumumkan keputusan tidak mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti Disember depan maka calon paling layak mengisi kekosongan itu ialah Khairy. "Kita akan rugi jika kita tidak memilih Khairy sebagai Ketua Pemuda Umno kerana kita telah gilap beliau untuk memimpin Pemuda Umno selama ini. Selain taat setianya kepada parti, Khairy diakui mempunyai kebolehan dan berkemampuan. "Ini terbukti kerana beliau banyak membantu Hishammuddin dan aktif dalam Pemuda Umno serta pengorbanannya, terutama pada tiga pilihan raya kecil tahun lepas di mana Barisan Nasional (BN) mencapai kemenangan yang begitu menyerlah sekali," katanya kepada Bernama di sini, hari ini. Khairy yang juga anggota Parlimen Rembau adalah Ketua Pemuda Umno Bahagian Rembau. Jamlus berkata walaupun terpaksa menerima banyak kritikan daripada pelbagai pihak namun Khairy diakui mempunyai pengalaman luas sebagai pemimpin. "Saya akan meminta Khairy supaya menawarkan diri untuk bertanding jawatan itu. Saya juga akan meminta Pemuda Umno negeri lain supaya memberikan sokongan kepada Khairy," katanya. Jumaat lepas, Khairy berkata beliau menyerahkan kepada anggota akar umbi untuk menentukan sama ada beliau bertanding jawatan ketua pergerakan itu. Setakat ini dua orang yang telah pun mengesahkan secara terbuka kesediaan bertanding merebut kerusi itu ialah Exco Pemuda Umno Datuk Mukhriz Mahathir dan anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo. BERNAMA
Saya tak faham, kenapa Ketua Pemuda Umno Negeri Sembilan Datuk Jamlus Aziz masih tak sedar-sedar diri. Semua ahli menolak KJ kecuali pemuda UMNO Rembau je yang sokong KJ. Sokongan ni sememangnya ada muslihat. andaikata KJ menangla kononnya, dah tentu Jamlus Aziz boleh jadi orang kuat KJ. Politiklah katakan.
Tuesday, April 8, 2008
Monday, March 31, 2008
Syabas Buat Khir Toyo - yang lain sedarlah diri
Petikan daripada http://drkhir.blogspot.com.
Sebenarnya saya juga merasakan bahawa UMNO tidak mewakili orang Melayu dalam hal2 sensitif seperti agama Islam dan masa depan orang Melayu. Saya selalu menyuarakan perkara ini secara terbuka. Kebimbangan ini menjadi kenyataan bila orang Melayu menolak BN dalam pilihanraya lalu, memparahkan keadaan lagi bila mana MCA juga tidak dilihat memperjuangkan kaum Cina, sementara orang India tidak menerima kepimpinan MIC lagi. Atas dasar itulah sebagai orang Melayu yang bertanggungjawab saya meletakkan jawatan Pengerusi BN Negeri dan Badan Perhubungan UMNO Negeri dengan jujur kerana bila saya melihat pemimpin MCA bertanggungjawab tidak mahu menerima jawatan dalam kerajaan, begitu Gerakan dan MIC. Saya merasakan dengan perletakan itu akan membuktikan kepada kaum lain bahawa pemimpin Melayu juga berani bertanggungjawab di atas kekalahan tersebut. Walaubagaimanapun saya akan teruskan perjuangan untuk memastikan UMNO kembali ke akar umbi dengan memperjuangkan orang Melayu melalui jiwa UMNO, iaitu mempertahankan agama Islam, dan juga memastikan orang Melayu mendapat pembelaan yang sewajarnya di negara ini. Saya juga tidak bersetuju bila mana UMNO ini ditadbir oleh segelintir mereka yang tidak menjiwai jiwa UMNO.
Dr Mohamad Khir Toyo, March 31, 2008 3:15 PM

Sunday, March 30, 2008
post mortem kejatuhan UMNO
Banyak faktor mendorong kepada keputusan PRU-12. antara yang boleh dipertimbangkan oleh 'pucuk pimpinan' UMNO untuk mengubati keadaan adalah seperti berikut:-
1. Rakyat bosan dengan propaganda pembangunan seperti koridor sana-sini. semuanya dilihat seperti program atas kertas untuk kempen pilihanraya. Sedangkan rakyat merasai keperitan hisup kesan kenaikan harga minyak. Bila minyak naik, semua yang lain pun naik.
2. Rakyat tidak nampak apa itu 'Islam Hadari' walaupun seringkali dilaungkan ke seluruh pelusuk bumi Malaysia.
3. Keangkuhan pemimpin UMNO dalam berkempen.
4. Penolakan usahawan/korporat UMNO terhadap individu tertentu atas alasan monopoli.
5. Pemilihan calon dimana masih ada calon berekod buruk / mewarisi rekod buruk masih di calonkan.
6. Peranan media seumpama 'sokong membawa rebah' apabila terlalu taksub dengan sebelah pihak menyebabkan rakyat muak.
7. UMNO over confident dengan status quo..
8. Peranan sumber maklumat alternatif seperti internet dan sms.
9. Persoalan rakyat tidak dijawab dengan baik.
10. Hal-hal semasa berkenaan isu perundangan negara.
11. Gaya kepimpinan UMNO yang lemah.
12. Peranan bekas pemimpin terdahulu.
Dengan menilai faktor-faktor ini, UMNO mampu mengenalpasti punca penolakan UMNO oleh orang Melayu.

Politik Malaysia ~ UMNO
tergaman, terpegun.. sukar untuk menerima keputusan PRU 12. menang sorak kampung tergadai...
apa yang saya lihat setiap pengundi melihat satu undi yang diberikan tidak akan membawa erti untuk merubah kepimpinan, namun lihatlah apabila ramai rakyat malaysia berpendirian yang sama. Kedah, Perak, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur ditawan manakala Kelantan terus kempunan hasil 'Pade doh'. Nyawa-nyawa ikan di Negeri Sembilan. Mujurlah ada Sabah dan Sarawak. Penduduknya belum terdedah dengan sumber-sumber maklumat alternatif. kesemuanya undi protes. bukan atas kekuatan pembangkang tetapi kelemahan UMNO sendiri. di mana-mana kedai kopi kedengaran ahli UMNO sendiri yang menentang parti mereka.
Kesedihan atas apa yang berlaku memang tidak dapat dinyatakan. bangsa sendiri menjadi semakin asing di bumi bertuah ini. Mujurlah ada benteng terakhir menyelamatkan keadaan, Tuanku Raja/Sultan.
Sedarlah wahai pemimpin UMNO. Ingatlah anak cucu yang akan mewarisi bumi bertuah Malaysia. Bagaimanakah Malaysia untuk mereka warisi? Sebelum terlewat...

Subscribe to:
Posts (Atom)